ASSALAMMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

penternak cacing, pembekal baja vermikompos, vermicasting, makanan, peralatan cacing ,kursus dsb

1/06/2009

Gambar terkini keadaan bangsal ku ..

Makanan Baru Utk Tahun Baru

coretan 7 Januari 09'

Salam,

Sekarang ni kami dah tukar makanan yang lebih baik dan lebih bagus.
Selepas Rizal menghadiri kursus ternakan cacing secara komersil di Fairoz Agro Resources, ( Owner Bangladesh , Mr Halal ) .. dia dah belajar cara buat makanan yang betul dan berkualiti sehinggakan baja Mr Halal ni di ambil oleh Jabatan Pertanian dan terbukti berkualiti.

Untuk pengetahuan pembaca blog saya ni, saya akan dedahkan ilmu membuat makanan cacing yang digunakan oleh beliau selama ini.

1. gunakan nisbah seperti berikut :
tinja lembu : 50%
tinja kambing : 30 %
habuk kayu : 20 %
2. rendam ( dalam kolam / polytank ) ramuan tersebut selama 14 hari ( 7 hari tukar air baru, 4 hari tukar air baru, 3 hari buang air semua dan tos kan selama satu malam.
3. biarkan keadaan makanan baru ini dalam keadaan lembap ( tidak terlalu kering )
4. ikut nisbah berat cacing seperti biasa dengan nisbah makanan baru tadi.
5. uji tahap kesesuaian makanan baru dengan meletakkan beberapa ekor cacing di atas permukaan medium baru tadi. ( pasti cacing2 anda akan terjun tiruk )
6. biarkan makanan baru di makan sehingga habis. ( tahi akan berada di atas permukaan sahaja dan cacing akan lepak kat bawah )
tidak perlu siram air sehingga harvest...tak perlu!
7. ayak dan jual ..

selamat mencuba..

10/15/2008

makanan cacing dan masalahnya ..

Coretan utk bulan September 08

Salam,
lama tak update.. raya le katakan ...
bulan 9 ni bulan yang paling mencabar utk kami sebab cacing telah mengalami masalah turun berat badan ( kurus ) .. setelah dikaji dan bertanya kepada yg pakar, makanan adalah faktor utama kepada masalah tadi.

Setelah habis makanan habuk kayu + tahi kambing ( daripada pembekal, Yop ) kami cuba utk buat makanan sendiri. Habuk kayu sebenarnya mempunyai racun ( chemical ) ketika berada dalam simpanan kilang.. so sepatutnya habuk kayu hendaklah direndam selama 7 hari manakala sabut kelapa pula rendam selama 3 hari. Untuk mendapatkan hasil yang lebih reput guna EM ( Effective Microorganism ).. Kami tak rendam........... jadiknya ... cacing keracunan tapi still makan.. baja tak cantik dan cacing jadik kurus .. tak mengawan, tak bertelur dan kalau ada yang baru menetas... mati agaknya ... sian cacing kitorg ..

Selepas habis 1 cycle, kitorg guna sabut pulak ...Yop cadangkan 30 sabut 70 tahikambing .. mahal le plak .. nak carik tahi lembu pon dah satu hal ... jadik terpaksalah kitorg buat 50 sabut 50 tahi kambing... alhamdulillah.. cacing dah ok semula .. habis lagik 1 cycle..

Sebelum raya ari tu memandangkan kitorg nak balik kampung Kelantan, makanan tak sempat prepare.. pusing2 kat banting, terjumpa Parkman agro .. hebat .. dah bertan2 hasil dia .. sekarang ni dia supply untuk Jab. Pertanian. Ada 2 bangsal ntah berapa rak semua Pekerja Indon dia banyak membantu Rizal dalam bab2 makanan dan penjagaan cacing ni. Hery nama dia.. Nak jimat masa punya pasal kitorg terpaksa beli makanan siap dari Parkman Agro.. ramuan sabut 70 tahi kambing 30. masa dia prepare makanan ni dulu beratnya dalam 40kg.. tapi bila Rizal beli, balik rumah timbang susut nilai jadi 21kg je.. maknanya masa dia buat tu time basah .. tapi Pakman takdehal.. semalam dah tuntut baki makanan yg weightlost tu ..

Sekarang ni Parkman agro guna makanan baru, Hampas Sagu!!! pergh memang sedap utk cacing, memang cantik baja dia .. memang cacing suka lepak .. tapi MAHAL le plak .. 1kg=RM2.00 berat basah..tak perlu bancuh air.. berbanding sabut kelapa, 1kg = RM 1.50 berat kering tapi perlu basuh air lagik .. maknanya kalau pakai sabut 40kg ni boleh dapat dalam 120kg ke 150kg makanan. Ish, tak mampu lak nak beli sagu tu..

anyway lepas ni buat makanan sendiri semula le ..

harga Parkman Agro ;
Sabut + tahi kambing ( kering )= RM1.50/kg
Sagu ( basah ) = RM2.00/kg

saya bila lg nak jual makanan? nanti le .. nak kena beli mesin dulu ataupon upah org buat makanan je ..
sekian................... Selamat hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin

9/15/2008

Packing Sekilo-sekilo.

coretan 16 Sept 08

Salam,

Lama tak update blog ni.. maklum lah bulan puasa ni byk sgt komitmen nak kena settle.
Tak menang tangan Rizal dibuatnya.. kekadang sian jugak tgk mamat tu, pagi kerja.. tghari balik amik anak.. pergi balik keje.. kol 5 gerak ke UiTM.. malam kang kol 11 baru sampai rumah.. kalau rajin mandi, kalau tak terus main ngan cacing .. kol 1 kol 2 baru habis buat keje.. kekadang tu kol 3 kol 4 pon pernah... sebab sian kat cacing kalau tak harvast mati kebuluq pulak depa tu...

Sekarang ni kitorang tgh sibuk packing baja yang dah harvast masuk plastik

8/27/2008

Harvast selepas 6 hari?

coretan 24/08/08
Salam,

Pergh, patut le cacing2ku berpesta terjun tiruk, rupa2nya diorang mogok lapar, makanan yang disediakan oleh Yop Rantong tak cukup rupanya. Makanan tu sepatutnya untuk 5 hari je, ni dah hari ke-6, patut le ramai yang nak lari.

Hari ni adalah hari yang paling best dalam hari2 aku menternak cacing. mana taknya, baru letak 6 hari dah keluar hasil, tu yang best sangat tu. kerja tak de mana pon, duduk borak ngan cacing je. Tapi sakit pinggang le sikit, sebab tak biasa kerja bongkok2 ni. Tak pe lama2 terror le pinggang aku nak sesuaikan diri nanti. Kami tak de pengalaman macamana nak asing cacing ngan baja, so Yop advice kaut baja yang atas dulu sikit2. Aduh hai pinggang tangkap dah, rupa2nya teknik ni tak sesuai sebab lambat dan menyakitkan otot2. Tanya Yanti ( penternak jugak ) rupa2nya pakai tapis bekas hamper baru le senang nak ayak cacing. Yang specialnya cacing ni semua pening bila kena ayak tapi tak mati. Abih nak buat camne, takkan nak kutip sekor2, jenuh tu mahunya 10,000 ekor ntah lebih.

Disebabkan tak de pengalaman, 3 rak tu kami buat sehari dari pagi sampai malam baru siap 2 rak ( pakai tangan kaut sikit ). Esok sambung lepas tanya Yanti buat lagi satu rak, alahai, sekejap je.. tak sampai 2 jam pon. kira ok le idea ni sebab jimatkan masa dan cacing tak mati. Lepas asingkan cacing semua kami masukkan makanan baru ( medium tahi kambing dan habuk kayu Yop ) WOW! banyaknya ulat kumbang ni... seguni medium lama yang Yop supply tu ada le dalam 100 ekor. Kali 3 guni aku pakai, ish geli le pulak. Rizal dah biasa main ngan binatang ni masa dia bujang dulu sebab dia kaki pancing. So takde masalah nak pegang.

Bila dah masuk makanan cacing yang baru kami terlebih air le pulak. medium kami jadi lembab . Mujur cacing tak keluar beramai-ramai hari pertama tu.Tapi malam ke-2 ramai yang nak buat terjun tiruk lagik sebab tak buka lampu. ( lampu kena bukak 3 hari straight ) kalau medium baru. Masalahnya bila medium terlalu lembab hama akan datang berkaraoke kat medium ni, so cacing boleh kelemasan nanti. nanti aku attach gambar ulat ari tu kalau ada lagik sebab ulat2 tu semua Rizal dah buang.

8/18/2008

Rendam habuk Kayu

Coretan 18/08/08

Salam,
Mujur kami balik malam tadi, hujan pagi ni bukan main lebat lagi. Pagi-pagi Rizal dah bangun buat longkang belakang bangsal tu sebab air dah bertakung tunggu masa nak masuk reban. Kang tak pasal-pasal kena cebok air buang dari bangsal.

Yop telefon kata nak hantar cacing tengahari ni. Betapa exitednya kitorg sebab dah tertangguh 4 hari sejak hari sabtu lagi. Mana tak nya bangsal dah siap lama, cacing tak masuk-masuk lagi.

Sementara tunggu cacing sampai, Rizal mula basahkan habuk kayu yang dia ambil semalam. Sebab nanti nak kena tunggu. Mujur ayah Nora datang bagi nasihat sebab sebelum ni Rizal letak habuk kayu tu dalam bangsal je, ingatkan tak payah rendam, rupa-rupanya nak kena rendam dulu 24 jam. Kalau ada politank kan senang. Tapi mahal tu dalam RM300 satu. Buat masa ni kitorang siram je le, tak pon masuk seguni-seguni dalam tong merah yang besar. Mujur ada satu. Tapi jenuh le nak tunggu semua siap. Tak pe lain kali boleh beli kot politank ni.

8/17/2008

Harga habuk kayu dan tahi kambing

Coretan 17/08/08

Salam,


Hari ni Rizal takde kerja nak buat. Cacing yang Yop janji nak hantar hari Sabtu pospon ke hari Isnin. Dia ronda-ronda cari tahi kambing sekitar Banting Baru sampai le ke Pantai Kelanang. Rezeki tak sapa yang tahu, rupa-rupanya ada orang pelihara kambing dekat je dengan rumah kitorang, dalam 1km je. Lega sebab tak perlu pergi jauh-jauh. Dah jimat duit petrol. Hari Isnin ni Rizal nak pergi ambik. Harga seguni tahi kambing RM7.00. walaupon agak mahal, tapi pikir balik kos minyak berbanding RM1.00 dengan jarak 1km rasanya En Hairol ( tuan kambing ) akan menjadi supplier tahi kambing aku le lepas ni.


Lepas order tahi kambing dengan En Hairol, Rizal cuba cari habuk kayu untuk dijadikan medium cacing nanti. Sekali lagi rezeki kitorang, rupa-rupanya ada kilang papan dalam jarak 13km dari rumah kitorang ni boleh bagi seguni habuk kayu halus dengan harga RM2.00 seguni. Rizal terus je beli 10 guni sebab habuk papan ni nak kena rendam dulu kuran-kurang 24jam sebelum proses nak buat makanan cacing. Pergh, terseksa kereta Kia Rio dia bawak balik 10 guni habuk kayu sebab habuk-habuk kayu tu terbang dalam kereta dah jadi macam salji pulak. Nasib baik Ilman ( yang sulung ) tak ikut, kalau tak mahunya sesak nafas anak aku. Dah Rizal terpaksa basuh kereta lak lepas tu. Penat je aku tgk dia, mana taknya lepas ni nak ke KL pulak jumpa kakak yang duduk Johor, dia nak hantar novel dia ke Shah Alam untuk Publish. Semoga dia berjaya menjadi seorang penulis satu hari nanti. Part time jugak tu. Syabas.